twitter
rss

Salam. Hehe. Kali ni saya kopipes jek la dari Fb yeee. Hehehhe.

Kredit to Shamsul Suhaime punya post. Tak tahu gambaq2 screen shot ni dari pandangan siapa.










So here are some of my comments.

Terima je apa orang nak kata. Bdk2 stdnt skg pun ramai yg berjoli berjimba rajin la.
Nanti bila ptptpu masuk lambat, mula la komplen. Kita ni blajaq x pnjm ptptpu, dah biasa susah~
Tapi dah masuk alam bekerja ni, testimoni saya:

1) Data entry
- Saya dah buat. Jap nak kira. 4 job data entry. Pastu ada kerja data entry RM10 utk 10 nama di Lazada. Pernah jugak jd admin page n blog RM15/day hahah. Payah weh nk kena on9 selalu

2) Pernah buat salin dari PDF ke Word.
PDF ade certain, esp in Msian Laws kan tak bole highlight atau kopipes, so kena la menaip sndri kan. Macik masa tu sambil tengok cte Pengantin Malam dkt page Jebat Merecik kut. Resize Google Chrome separuh, resize M.Word suku, resize PDF suku. Hihihi.

3) Translation BM kpd BI
- Saya dah buat. Dalam 2 kut. Ada jugak siap minta trial dlm 1 page pertama di Whatsapp pastu tak jadi. Ada jugak suo wat grammar checker, pastu tak jadi. Ada yg suo check translate thesis, tunggu Khamis dah sampai Ahad dahh.

4) Essay Composition
- Ada dalam 2. Yg ni kena bijak sikit. Kena minta duit baru submit. Ada tu kita x submit lagi, minta2 pymnt x proceed, so kita pon x submit la. Ngada, masa nak servis kita, kemain insist. Bila nak bayar buat tak tahu. Mmg muka kena block di Whatsapp aje.

5) Runner
- Pernah runner anta barang pos dari Stesen Bas Larkin ke Bkt Layang2. Kena tahu la isi barang tu, ada name card dlm 2kg. Pernah jadi runner rumah lelong. Runner PosLaju barang2 jamu 2x dgn sis Hamidah

6) Servis Lipat Baju
- Pernah sekali dgn sis Shida (20.2kg)


7) Kereta Sewa
- Kereta kancil kita dah bayar semua despite tak ada sorang pon tolong kita. Tolak hutang yg kita ada pinjam kan tu pun ade jugak. RM60/day. Ya Allah,, kita tak pegang lagi cik Kancil, dah dapat gaji sebulan dgn sorg stdnt. Suo jadi personal driver pun ade jugak, tapi macam malas pulak nak ke Kota Masai angkut2 dia bagai.

Dah bole tulis dlm resume tak. Kan kita dah cakap, rezeki yg Allah beri kt kita mmg byk. Cuma Allah uji sikit je. So, kewl bebeh~.
So ni lah antara sedikit rentetan hidup cik Juwairiyah yg kuat berusaha. Hee xD

Salam. Just nak update. Saya menawarkan beberapa perkhidmatan:
Antaranya ialah Data Entry, Terjemahan dari Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, Grammar Checker, Servis Lipat Kain, Runner, dan Personal Driver (Auto dan Manual). Saya juga private home tutor. Area Pasir Gudang, Masai, dan Johor Bahru.

Update guna apa yg I tulis di Facebook aje lah..

duduk rumah cuti2. goyang kaki, takde dalam kamus hidup cik Juwairiyah yea..
* Ingat lagi dulu, masa cuti sem kat univ. cuti mid sem 7 harii, 3 hari tu I kerja di Tesco!
I lagi seteress bila cuti sekolah sbb ramai stdnt I minta excuse nak cuti holiday. I ta pegi mane mane.. huhu (foreber alone, kahkahkah).
--
By the way, alhamdulillah. myb berkat kesabaran saya kut. dari bln 1 dgn duit kureng, bln 2 sakit sgla. ni lately ada sorg stdnt I nak quit huhu. dgn isu cik viva yg hanguih.. hehe.
bangun2 je dpt panggilan dr sis Hamidah. (nanti I update yea)
-- Yg penting, REDHA, yakin pada Rukun Iman ke 6 iaitu Percaya kpd Qada' dan Qadar Allah.
hari ni Allah buka kan hati 2 org client saya, sis Hamidah dan sis Shida utk dapatkan khidmat servis I. serentak dalam satu hariii.
Baru je tiba dari selesaikan urusan sis Hamidah, sis Shida pula call saya.
*mana emoticon muka biru terkejut tu, I hupdate guna lappy laa.

Sis Shida dgn 3 bakul baju yg bertimbun tak berlipat
Dapat kan khidmat I ya kalau ada yg datang mood malas nak lipat baju tuu
I lipat guna acuan buku tau. Ni duduk2, hampir suku drpd 1 bakul dah siap.
Guess what, with 20.2 kg !!! yaayyy, Juwairiyah kuat yaayyy! Juwairiyah tabah yayy! Juwairiyah cekal yayy!

~ Cik Juwairiyah Mohd Zulkifli Lim, Private Home Tutor, cik Runner wif lesen D, Servis Lipat Kain, dannn bermacammmmm2 lagi.
Oh ya, macik2 yg berkenan kat I, sila dapatkan saya segera selagi stok masih ada. Heheheh ;D


Update tentang kerja semalam. Jadi cik Runner si kecil molek ke Pejabat PosLaju, Pasir Gudang.
Kali ke tiga jadi runner. Macam2 pengalaman dah. Rasanya dah boleh buat buku. Heheh

Cerita tentang buku, tadi I tengok lah cik viva buat tatapan kali terakhir
Kuatkan semangat diri sndri masa tgk. Si dia pun ada tengok juga n I feel strange tau.
Sebab memang betul ada beberapa tindihan buku2 yg saya asingkan n spare kan utk stdnt. bahagian hujung2 border A4 paper tuu mmg hanguih.
tapii belah tengah2 kertas mmg still ada. Seriously. petunjuk apakah yg cuba Kau tunjukkan padaku, ya Rabbi..
Macam biasa lah, tindihan buku2 tu saya letak dekat seat co pilot
Bayangkan eh, kusyen kete mmg dah innalillah dah.. Yg ada pon tinggal rangka besi kat seat driver n co pilot.
(ada beberapa kertas tu saya masukkan dalam plastik transparent sebab nak asing2 kan. Sedangkan plastik tu boleh cair. Pelik tak?)

Macam mana kertas yg bahan jenis kalau kena sambar api, mmg terbakar hanguih la. Kertas yg I asingkan utk recycle pon ghaib. sekali dgn dashboard, dgn tombol gear, dgn cermin pndg blkg. Entah lah, tak tengok sangat.
Kaca kiri kanan depan belakang pon boleh pecah. Macam mana kertas boleh tak hanguih burn semua?
Adakah sbb ini berkat saya ngajar stdnt? Kalau mcm tu alhamdulillah la. lega sgt
Kalau bekas disembur dgn pili air bomba, mesti la ada bekas2 mcm kena banjir tu ha. Kertas jd buruk melekat2 camtu
Kalau kita tertumpah air masak pon, mesti ada peta kat kertas tu kan. Ni takde pape.

dah, kali ni dah betul2 melepaskan cik viva pergi. memandangkan rangka bangkai pon dah takde depan mata. moga2 lps ni Allah will give me better than this. insyaAllah
Thanks Sis Hamidah sebab mempercayai saya.. =))



Berminat dengan servis saya?

Whatsapp. Jue. 013 379 7321. Area Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru. TQ

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku publish entry ni, kali ni..
Entry kali ni, khas I buat untuk kereta pertamaku, JNE 6421, Perodua Viva, warna silver, manual, 850 cc.
Seperti dalam entry ini --> Tutorial Membuat Online Banking (Maybank2U), pada gambar terakhir, saya ada state kan bahawa saya telah pun selesai membuat transaksi wang untuk menyelesaikan hutang kereta pada 11/4/2016

Huhhhhhhhhh. *sigh.
Pada 11/5/2016 pada hari Rabu, pada pukul Lebih Kurang 2.20 pm, genap sebulan saya dapat menikmati perasaan gelonjak gembira kerana dapat hidup tanpa berhutang kereta.
Saya terima peristiwa ini sebagai Qada' dan Qadar drpd Allah,
Pada hari pertama lagi, semasa saya on the way nak pergi buat report polis, ketika memandu kereta lain lagi satu, perkataan yg terbit dari bibir saya. "Aku Redha, Ya Allah"
Saya kena terima dan yakin akan ketentuanNya, semuanya telah Dia susun cantik-cantik.

Ikut kan ikut jadual bekerja saya yang biasa, pada hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 2 hingga 3 petang, saya ada kelas dengan Aiman Hakim di Seri Alam.
Tapi semua ni bersangkut paut, semuanya Allah dah susun kronologinya.
Jika Aiman sihat ketika itu, maka saya akan keluar (peristiwa berlaku pada pukul 2.20 pm), Maka, kereta saya selamat.
Jika Aiman tidak sihat (memang dia demam ketika itu, Kak Rina pun ada inform saya pukul 1++ pm untuk cancel kelas), maka saya tidak akan keluar.
Bila saya tidak keluar, maka, kereta saya tu akan tetap di situ lah seperti biasa, (macam tak biasa kan client cancel kelas)

Selepas saya update status di Facebook mengenai pengorbanan mencari rezeki lebih kurang pada pukul 2.18 pm,
Saya dikejutkan, diorang suruh saya alihkan kereta. Bunyi percakapan tu macam biasa saje. Takde apa-apa emergency pon
Tapi saya macam bengang la. Saya rasa saya tak nyanyuk lagi, sebab last saya pakai kereta tu pada hari Selasa pada pukul 10 pm, saya rasa saya masih ingat yang saya park kereta kat dalam garaj
Pastu diorang minta kunci kereta saya minta nak alihkan, tapi nak buat macam mana, jasa JNE 6421 sampai situ sahaja..
Awok awok tahu la, macam mana saya tak bengang, sebab ada jiran saya yg ada lori towing tuu, kalau saya park depan rumah, nanti pandai lah dia panggil-panggil kita suruh alihkan. Kena bagi kat abang kabel besaqqq derr. Seolah-olah dia dah bayar parking fees RM300 dekat pihak berkuasa. Haha.

Saya nampak semua.
Saya nampak kereta saya yang jadi mangsa pertama.
Saya hanya mampu meratap. Saya cuma rasa terkilan dan melepaskann. "Baru je aku habis bayar!!"
Masa tengah terjadi, saya tak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya dapat tengok. Saya seperti terpana.
Bila mereka suruh call kecemasan, saya try google nombor telefon *tuttttt* area Pasir Gudang. tapi saya pelik. Last-last saya telefon jek lah, 999. Pandai-pandai lah diorang nanti nak transfer call tu
Semuanya hancur dalam satu masa.

Saya terpaksa terima..
Stereng yang saya pulas ke kanan dan ke kiri, dah hancur
Econ yang saya selalu jimat tak pakai-pakai tuu, dah hancur
Tingkap yang selalu saya buka sebab nak jimat minyak, dah hancur
Odometer yang saya selalu pantau untuk mileage, dah hancur
Cermin depan yang dah dikoyakkan tinted oleh Puspakom, tapi tak jadi-jadi nak tukar nama owner, lepas tu ada rekod saya perlu tukar minyak hitam, dah hancur
Tombol gear yang saya selalu usap-usap, kekadang bunyi ketegekk, sebab tak masuk clutch bebetul. Dah hancur
Handbrake yang saya angkat, sekali je dah stop, kalau 2 kali jika di atas bukit. Dah hancur
Pedal minyak untuk saya merempit, pedal brek untuk kecemasan brek, pedal clutch untuk main-main gear dan kurangkan kelajuan kereta instead of tekan brek. Dah hancur
Meter RPM dan Acceleration yang saya pernah jejak ke 100 km/h masa drive di Highway Pasir Gudang ketika membawa Nor Shafiqah ke spa masa dia nak kahwin dulu. Dah hancur
Tisu muka yang baru je pakai, ada doodle board yang dah jem tempat padam tuu sampai orang ingat saya dah kahwin ada anak, (untuk kegunaan anak katanya). Biskut yang saya beli di Kedai Borong Makanan di Johor Jaya. Dah hancur
Dashboard yang tersimpan barang-barang auntie dan lesen apa tah, dah hancur.
Radio yang saya set. 1) Ria 897 FM, 2) Hot FM 3) Era FM, 4) IKIM FM. Kekadang malam-malam rasa buta jap sebab tak nampak clock, katanya sebab wiring. Dah hancur

Bahan-bahan latihan student, termasuk buku Maths PIB milik Muhd Izz Asyraaf, buku original Sains Darjah 5, buku Sains Nur Ain Mardhiah yang saya terbawa balik aritu sebab dia buat muka tu, buku original Maths Darjah 5, buku RM2 BI Darjah 5, buku original BI Darjah 1 yang saya baru pakai sekali untuk duplicate, Set duplicate untuk Muhd Zafri Hadif Hakim (subjek BI dan Maths), Set duplicate untuk Muhd Izzan Khalis, Set duplicate untuk Muhd Faris Iskandar, termasuk buku original BI termasuk brand Nusamas. Dah hancur.
Saya dah buat post-mortem, memandangkan saya ada rekod pembelian saya di Bajet 2016 saya. Kira-kira dalam RM100 saya tanggung kerugian bahan latihan students.

Sebelum tu saya beri statement dan laporan awal kepada pihak polis dan pihak *tutttt*
Ini yang saya update pada 11/5/2016 pada pukul 5.20 pm, sebelum saya bersedia untuk membuat report polis di IPD Seri Alam. Tunggu kereta lagi satu sebenarnya.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
Sesungguhnya, semua ni milik Allah.
Allah dah beri pinjam, kini Allah tarik balik.
Pls Juwairiyah Mohd Zulkifli Lim, husnu zhon!! Bersangka baik dgn Allah..
Moga2 ada hikmah di sebaliknya..
Damailah engkau di sana. Huhu. JNE 6421.. Perodua Viva 850 cc manual..
Selama setahun dan 4 bulan dapat bersama you..
Yg sadisnya, I DAH HABIS BAYAR!! T_T..
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-158)
Kalau I flashback balik,
Bln 1 : Ujian dari segi financial sampai duit di M2U I tinggal RM42 jek..
Bln 2 : Diuji dgn batuk, sakit tekak segala. Tambah pula ada sorg hamba Allah neh suka kacau2 I..
Bln 3 : Hamba Allah tu reveal kan I smethg.
Bln 4 : Dgn beberapa stdnt 3 org Quit dan seorang I terminate.
Bln 5 : Kini.
Saya anggap ini adalah dugaan bagi seorang usahanita.
Keep your faith to Allah, Jue.. jgn lupa teruskan amalan sadaqah jariah eventho you takde pape skg
*Rasa patah kaki bila kete takde.. Bila kete takde, I takleh gerak. I takleh gerak, means I terpaksa cancel kan kelas sementara waktu.

Pada keesokan harinya, siap kluaq paperrr lagi, di Harian Metro edisi Johor. Femes you. Tu pon share berita aje. 12/5/2016 pada pukul 10.43 am

Fes time rasa sebak share berita. Lagi2 bila terkena kat batang hidung sendiri
~ Hanya kunci kereta jadi memori tersemat.
~ I pula rugi RM12,500. Dah lah baru habis bayar 11/4/2016 aritu. Oh myy, ngam2 sebulan je I dapat kecapi nikmat hidup tak berhutang kete neh.
Campur dgn bahan kerja dlm RM100 *tuttt* dalam kete.
Tak nyenyak tidur, terbayang2 lg. Pls nak jumpa ust mana2 nk bagi ayat jampi2 ckit kasi lupa ckit..
* By the age of 24..
Rasa macam, terlalu muda utk aku terima semua ni. Huhu
* Femes jap *tutttt* Perodua Viva manual 850 cc warna silver I tuu kluaq kat paper. haiii pon tak pernah kluaq paper tauu. Untung you.


Pada hari ketiga selepas kejadian, saya update pada 13/5/2016  pada pukul 1.31 pm. Masa ni saya dah mula boleh lupakan dan kembali seperti biasa. Think positive!

Day 3
After kejadian
Malam semalam tadarus kejap, sory, menitik lagi air mata gua.
Baca pula Surah Al-Anbiaa..
Macam saya, pernah diuji masa Form 3 dulu, then masa dekat Univ. Saya bole lepasi, kenapa sekarang tak boleh.
Allah tak suka dgn hambaNya yg cepat berputus asa.
Kena bangkit balik, kumpul kekuatan.
Kena teruskan berjuang. Orang baik2 kan selalu diuji. Kalau selalu tinggal perintah Allah, then tak diuji, then tanya diri sendiri lah kenapa kan
Allah syg kan hambaNya, sbb tu Dia tititpkan ujian sbgi hadiah kpd kita.
Dari hari pertama lagi saya drve kete lagi satu. --> "Aku Redha.."
Gila tak menangis pagi ni. Sambil baca potongan ayat terakhir Surah At Taubah, gua sebak beb..
Pada Surah Al Anbiaa.. ada terdapat beberapa nama nabi di situ, terus saya teringat kisah mereka.
- Nabi Ayyub AS. diuji dgn harta yg musnah, kematian anak2 dan terkena penyakit kudis.
- Nabi Ibrahim AS. diuji utk mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS. utk menuruti perintah Allah ttg Qurban (Surah As-Saffat ayat 102)
- Nabi Yusuf AS. yg telah dirancang utk dibunuh semasa kecil, disumbat ke dlm penjara,
- Nabi Nuh AS. di mana isteri dan anak2 nya yg ingkar akan perintah Allah, tenggelam dalam bah yg dahsyat
- Nabi Zakaria AS. yg belum dikurniakan anak pada usia yg lanjut.
- Maryam (seorang wanita dan dara ketika itu - sepertiku juga la) dikurniakan seorang anak, Nabi Isa AS. (Surah Maryam ayat 19-21)
Dan byk lagi. Sbnr nye tgh ngtk ni.

So apa yang perlu saya buat?
1. Membuat report polis (done, 11/5/2016 pada pukul 6.17 pm)
2. Membuat salinan report polis (done, 12/5/2016 pada pukul lebih kurang 2 pm)
3. Memberi keterangan kepada pihak polis (done, 12/5/2016 pada pukul lebih kurang 4.30 pm)
4. Memberi keterangan kepada pihak *tuttt* (done, 13/5/2016 pada pukul lebih kurang 10.30 am)
5. Menunggu selama 14 hari bekerja sebelum saya membuat permohonan di Pejabat Balai *tuttt* di Kangkar Tebrau. Saya expect dalam 1/6/2016
6. Menunggu tandatangan daripada tuan pengarah, expected dalam 2 hingga 3 bulan untuk proses claim dgn insurans
7. Memberi lampiran yang cukup untuk tuntutan insurans dari Takaful Ikhlas.

Last but not least. Kepada 'SESEORANG'
Like I've stated in my comment, kita sama-sama menanggung kerugian sekarang neh.
Awak buat statement macam tu, menyalahkan saya, seolah-olah awak HILANG  DAN TAK ADA IMAN DAN PEDOMAN!
Percaya dan yakin akan ketentuan Allah, redha dengan Qada' dan Qadar tu. Think Positive, Bersangka Baik dgn Allah. Doa banyak-banyak supaya Allah murahkan rezeki kita, Allah gantikan perkara yang lebih baik, ada hikmah di sebaliknya.

Kang kalau aku sound, ha menangih kau kat tepi bucu locker karang
Ujian ni berlaku kepada kita, sebab Allah nak tengok apa reaksi kita?
Saya kehilangan kereta, saya redha
Awak kematian kucing. Kenapa macam rophe takde iman dan pedoman?
Saya anggap benda ni kun fayakun lah. Allah kata jadi, maka jadilah!
Kereta dengan kucing mana lebih penting? Mesti lah kereta.
Ada awak tunggang kucing untuk bawa awak pergi beli barang, bawa awak untuk bekerja?
Kereta saya tu mempunyai nilai ekstestika dan nostalgia.
Kereta tu telah berjasa kepada saya untuk mencari rezeki.
Jauh dah kereta tu pergi. Paling jauh ke Putrajaya dan Pulau Indah. Then ke Tenggaroh, Inas Kulai, Puteri Harbour, Taman Tampoi Indah, Bandar Baru Uda.

Ouh awak sembang pasal dosa.. Hello, kejadian tu tak melibatkan kereta saya satu tu je
Abes kereta abang awak dan kawan awak, apa pula dosa mereka?
Ha kawan awak tu lagi best, tak pakai tudung. Elok la tu kalau kena bakar di api neraka nanti
Abes, musibah berlaku kepada rakyat Kelantan sebab banjir, apa pula dosa mereka? Padahal kerajaan negeri dah apply perintah tutup aurat, nak usulkan hukum hudud, apply pemerintahan Islam di negeri tersebut
Sembang macam orang takde iman.
Dok cakap. At least kucing-kucing awak tu tak berdosa macam manusia
--> Okey, please prove it. Jadi kucing. Tak payah jadi manusia sebab awak sembang-sembang, awak tu pun tak sedar diri, awak tu manusia

Awak cakap apa? Saya tengking? Ada bukti? Awak boleh tampilkan 4 saksi yang adil dan saksama?
Awak ada rakaman CCTV tersorok dalam rumah saya?
Awak ada di tempat kejadian semasa perkara itu berlaku?
Awak yakin awak tak salah dengar atau pekak masa tu?
You hv know NOTHING !! Like I said b4, I respect yours, n you respect mine. Or erti kata lain, "YOU tak payah sebok-sebok hal I, bcuz I pon tak sebok-sebok hal YOU"
Eh, orang lembut macam Azwan Ali ni mmg macam neh eh. Kepochi.
Saya pun tahu juga apa yg berlaku dkt clients saya, tapi kalau mereka tak beri kebenaran untuk mengetahui perkara sebenar, then I respect them. They have their own right to protect the data.

Dalam entri ni, 2015 is the worst year to me, dan Hectic Monday, saya dah rasa semua ni.
Saya lama dahhh pendam, rasa disisihkan oleh anggota keluarga,
Rasa tak berkepentingan sebab karier yang saya pilih dan ceburi
Baca betul-betul dalam entri 2015 is the worst year tu, ada I mention tentang lori towing tu
Kalau berbelas kali saya kena block dengan anggota keluarga awak,
Takkan saya boleh senyom-senyom, bertegur sapa, ziarah-menziarahi, buat-buat macam tak ada apa-apa?
Ehhh parking lah lagiiiiiiiii towing tu depan rumah saya. Silakannnn.. =)))))))
Tahun 2014 ada bukti di Instant Street View, ada kereta skrap tersadai depan rumah saya, EIII SERONOKNYAAA!!
Tahun lepas, 2015, dalam angkaan saya, dah 13 kaliiiii saya kena block, susah nak reves parking
Tu yang saya bagi ayat ni dekat awak sebenarnya di Fb, Tak terasa lagi ke? Jap ye.. Nak attach dekat sini


--------------------------------------------------------------

Terima kasih, JNE 6421. Stands for. Jangan Nangis Eh.
Saya hargai sangat-sangat jasa awak kerana telah membawa saya ke mana-mana tempat saya tuju
Selama 1 TAHUN DAN 4 BULAN ni..
Yang sentiasa menemani saya ketika saya nangis, daripada kes saya pergi Samsung Centre nak betulkan tab, sebab kena repair motherboard RM500 (mahal woo)
Yang menemani saya menangis sambil melayan lagu-lagu frust menonggeng.
Seperti lagu Dayang Nurfaizah - Langit Cinta, Projector Band - Sudah Ku Tahu. Berat - Mark Adam, Mojo - Dahsyat
Yang layan saya karok dalam kereta. Hati-hati - Amira Othman, Hey Kau - Sandra, Janna Nick - Mungkin Saja, Ippo Hafiz - Kekal Bahagia, dan lagi satu lagu Cinta Si Wedding Planner tu.

Saya sebagai owner kedua bagi mu, SAYA REDHA..
Ni rasanya uncle tak tahu lagi ni.. Saya baru setahun, dengan uncle dah 3 tahun. Mesti ada lagi banyak memori tersemat tu
Belum sempat nak tukar nama. Ingat nak buat Puspakom untuk kali kedua nanti.
Takpe lah, Allah tahu saya belum mampu. Ni pun nak kena pikiaq kumpul duit untuk renew insurans dan roadtax.

27/10/2011 --- 10/12/2014 (dengan uncle). 10/12/2014 --- 11/5/2016 (dengan saya).
000000 km --- 79000 ++ (dengan uncle). 79000++ --- 101800++ (dengan saya).




Ya Allah, saya rindu kereta ni. Tapi SAYA REDHA.

Salam. Hype..!
Hari tu, saya mendapat request dari kawan sekolah, Puteri Yana tentang bagaimana untuk membuat Maybank2U online banking.



Sebenarnya, ramai yang masih lagi tak tahu, kan?

Kenapa, korang selalu pergi beratur dekat mesin ATM untuk tengok sama ada duit gaji bulanan bagi bulan April dah masuk ke belum, secara kerap ke?
Ya Allahhh.. Kalau mesin ATM Out of Service, macam mana?
Takkan korang pegi menapak ke mesin ATM lain, di branch, di stesen pam, atau di mall seperti Tesco dan Aeon?

Sebenarnya, saya dah tahu lama dah, cuma tak la berani sangat nak try semua servis di Maybank 2 U tu kann.
Cuma selalu check balance, check transaction, Transfer sahaja. Payments pun tak ada sebab tak ada sebab nak bayar apa-apa?
HAHA. Ni in case kalau korang perlu buat sesuatu melibatkan transaction wang pada waktu-waktu terdesak

Aritu saya pernah transfer kepada akaun 'SESEORANG' kepada bank Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM1**0.00 pada tarikh 16/9/2015 = dengan menggunakan Instant Transfer. Korang tahu masa tu pukul berapa?
Entah lah, tak ingat sudah. Dalam keadaaan mamai-mamai n terkebil-kebil mata sebab dapat panggilan pada malam-malam buta, around pukul 3-4 pagi macam tu.
So korang bayangkan, kalau korang pegi mesin ATM waktu-waktu emergency tuu macam mana..
Possibility untuk jadi mangsa rogol (bagi perempuan), mangsa jenayah ragut.. Tengok lah, Wan Maimunah. Kesian dia, satu hari tuu sampai 3x kena ragut. Takut kann, rasa creepy jek kan. Alih-alih, datang menapak ke mesin ATM, alih-alih tengokk. Out of Servis.
Sedih tak.. Kalau korang datang drive atau ride sendiri takpe la. Nii kalau naik teksi, Uber, Grabcar atau prebet sapu.. macam mana. Membaziaq je kan

Memandangkan korang 24/7 ngadap gajet n internet, baik gunakan aje kemudahan yang ada nii. Dah lah free, tak payah bayar apa-apa punn.
Selain Maybank, Bank Islam pun buat online banking services neh. Tapi saya tak berapa reti sangat. Lepas tu since saya pon dah terminate Bank Islam, so why bother kann. Selain tu, CIMB Clicks pun buat juga. Saya tak ada CIMB, so why bother? Haha.

Kelebihan yang saya cedok dari Maybank2U, daripada kemudahan penggunaan yang mereka sediakan nii,
Saya dapat membuat pemantauan terhadap akaun Maybank saya.
Sekarang, hampir 50% daripada clients saya (tak kira yang existed atau past clients - sebab quit atau terminate) akan menggunakan kemudahan transfer ke akaun Maybank saya
Ada yang diorang tunjuk slip transaction bagai, then saya cepat2 online, pergi ke www.maybank2u.com.my dan check transaction sama ada betul atau tidak. Kekadang ada juga kita sebagai an entrepreneur neh tak tahu dalam diam dan tak sedar kita ditipu. Transaction tak berjaya, dikatanya berjaya. Kita dah lah tak ada Maybank2U, macam mana kita nak tahu dan trace duit masuk atau keluar? Nak minta transaction kat ofis Maybank kang kena beratur panjang pula, kena ambil nombor bagai.

Step nya adalah seperti bergini..

Tutorial Membuat Online Banking (Maybank2U)
Sebenarnya, korang boleh pergi sendiri buat dekat mesin ATM, dekat bahagian Lain-lain tapi saya dah tak berapa ingat sangat.

2. Klik Login. Di hujung atas tuu. Yang ada gambar mangga tuu.

Kredit: www.keemanxp.com

3. Okeh, Lepas tu keluaq gambar detail Username untuk kita login. Tapii, bagi korang yang memang tak pernah ada akaun M2U, korang klik dekat First Time Login? tu.


Kredit: www.cakeshop.com.my

4. Nanti keluar pop up. Yang ni lah saya *tutttt* kan jawapan dekat Put tu.. Jawapan sebenar dah bagi dekat dia dah.. Jawab jelah jawapan yang sesuai. Ada 2 soalan jek.. Then klik okey. Pastu keluar lah.. Access Number dan PIN No.. Access Number ialah no akaun Maybank korang. PIN number ialah no pin yg korang letak masa nak draw duit dekat mesin ATM tu.. Pastu klik Activate

Kredit: adyze.blogspot.com

5. Okey, lepas tu korang jangan lupa pergi ke branch Maybank terdekat. Lebih afdhal kalau ke branch yang korang buat card tu.. Kalau korang buat dekat Amsterdam, pergi lah Amsterdam balik! Haha. Korang cakap dekat pegawai tu nak update nombor telefon yang korang kerap pakai. Jangan letak nombor yang setahun sekali aje korang pakai. Atau nombor yang dah kena jual dengan Telco sebab tak aktif haha. Sebab bagi tujuan untuk minta Nombor TAC. Untuk apa-apa transaction, diwajibkan untuk mengisi nombor TAC yang dihantar SMS oleh pihak Maybank ke nombor telefon yang korang update tu.

So I guess, dah tak ada prob kan?

Hari tu, alhamdulillah, Saya dah selesai buat satu transaction


Jangan risau, neh gambaq saya snap sendiri di lappy. Hehe. Alhamdulillah, setel my one and only hutang. Lepas ni I ada plan juga!

Tapi my top goal right now is..
I must hv a house by CASH, by the age of 28, something, (paling lewat). Hehe.
InsyaAllah. May Allah ease my path! Allahumma Amiiinn..